Senin, 27 Juni 2011

MAKNA ASSYAHADATAIN



Untuk berdirinya bangunan Islam itu harus ditopang oleh 5 (lima) tiang pokok iaitu syahadatain, shalat, saum, zakat dan haji ke baitul haram.  Dalam hadits yang lain :  Shalat sebagai salah satu rukun Islam merupakan tiangnya ad dien.
Wahai saudara-saudara, mahukah kalian aku beri satu kalimat, dimana de-ngan kalimat itu kalian akan dapat menguasai seluruh jazirah Arab.  Kemudian Abu Jahal terus menjawab :  Jangankan satu kalimat, sepuluh kalimat berikan kepadaku.  Kemudian Nabi SAW bersabda :  Ucapkanlah Laa ilaha illa Allah dan Muhammadan Rasulullah.  Abu Jahal pun terus menjawab :  Kalau itu yang engkau minta, berarti engkau mengumandangkan peperangan dengan semua orang Arab dan bukan Arab.
Penolakan Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan kerana dia tidak faham akan makna dari kalimat itu, tetapi justru sebaliknya.  Dia tidak mau menerima sikap yang mesti tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT sahaja, dengan sikap ini maka semua orang akan tidak tunduk lagi kepadanya.  Abu Jahal ingin mendapatkan loyaliti dari kaum dan bangsanya.  Penerimaan syahadah bermakna menerima semua aturan dan segala akibatnya.  Penerimaan inilah yang sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan syahadah.
Urgensi syadatain
Sebab-sebab kenapa syahadah penting bagi kehidupan muslim adalah :
·         Pintu masuknya Islam
·         Intisari ajaran Islam
·         Dasar-dasar perubahan menyeluruh
·         Hakikat dakwah para rasul
·         Keutamaan yang besar
Penjelasan

1.       Madkhol Ila Islam  (pintu masuk ke dalam Islam).

Sarahan :

·         Sahnya iman seseorang adalah dengan menyebutkan syahadatain
·         Kesempurnaan iman seseorang bergantung kepada pemahaman dan pengamalan syahadatain
·         Syahadatain membedakan manusia kepada muslim dan kafir
·         Pada dasarnya setiap manusia telah bersyahadah Rubbubiyah di alam arwah, tetapi ini sahaja belum cukup, untuk menjadi muslim mereka harus bersyahadah Uluhiyah dan syahadah Risalah di dunia.

Dalil :

·         Hadits :  Rasulullah SAW memerintahkan Mu’az bin Jabal untuk mengajarkan dua kalimah syahadah, sebelum pengajaran lainnya.
·         Q.47 : 19, Pentingnya mengerti, memahami dan melaksanakan syahadatain. 
·         Q.37 : 35,
·         Q.3 : 18,
·         Q.7 : 172, Manusia bersyahadah di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui keesaan Allah.

2.       Kholaso Ta’lim Islam  (kefahaman muslim terhadap Islam).

Sarahan :

·         Kefahaman muslim terhadap Islam bergantung kepada kefahamannya pada syahadatain. 
·         Ada 3 hal prinsip syahadatain :
1.       Pernyataan Laa ilaha illa Allah merupakan penerimaan penghambaan atau ibadah kepada Allah sahaja.  Melaksanakan minhajillah merupakan ibadah kepadaNya.
2.       Rasulullah adalah tauladan dalam mengikuti Minhajillah.
3.       Penghambaan kepada Allah meliputi seluruh aspek kehidupan.  Ia mengatur hubungan manusia dengan Allah dengan dirinya sendiri dan dengan masyarakatnya.

Dalil :

·         Q.2:21, 51:56, Ma’na Laa ilaha illa Allah adalah penghambaan kepada Allah.  21:25, Rasul diutus dengan membawa ajaran tauhid.
·         Q.33:21, Muhammad SAW adalah tauladan dalam setiap aspek kehidupan.  3:31, aktifiti hidup hendaknya mengikuti ajaran Muhammad SAW.
·         Q.6:162, Seluruh aktiviti hidup manusia secara individu, masyarakat dan negara mesti ditujukan kepada mengabdi Allah SWT sahaja.  3:19, 3:85, 45:18, 6:153, Islam adalah satu-satunya syariat yang diredhai Allah.  Tidak dapat dicampur dengan syariat lainnya.

3.       Asasul Inqilab  (dasar-dasar perubahan).

·         Syahadatain mampu manusia dalam aspek keyakinan, pemikiran, maupun jalan hidupnya.  Perubahan meliputi berbagai aspek kehidupan manusia secara individu atau masyrakat.
·         Ada perbedaan penerimaan syahadatain pada generasi pertama umat Muhammad dengan generasi sekarang.  Perbedaan tersebut disebabkan  kefahaman terhadap makna syahadatain secara bahasa dan pengertian, sikap konsisten terhadap syahadah tersebut dalam pelaksanaan ketika menerima maupun menolak.
·         Umat terdahulu langsung berubah ketika menerima syahadatain.  Sehingga mereka yang tadinya bodoh menjadi pandai, yang kufur menjadi beriman, yang bergelimang dalam maksiat menjadi takwa dan abid, yang sesat mendapat hidayah.  Masyarakat yang tadinya bermusuhan menjadi bersaudara di jalan Allah.
·         Syahadatain dapat merubah masyarakat dahulu maka syahadatain pun dapat merubah umat sekarang menjadi baik.

Dalil :

·         Q.6:122, Penggambaran Allah tentang perubahan yang terjadi pada para sahabat Nabi, yang dahulunya berada dalam kegelapan jahiliyah kemudian berada dalam cahaya Islam yang gemilang.
·         Q.33:23, Perubahan individu contohnya terjadi pada Muz’ab bin Umair yang sebelum mengikuti dakwah rasul merupakan pemuda yang paling terkenal dengan kehidupan yang glamour di kota Mekkah tetapi setelah menerima Islam, ia menjadi pemuda sederhana yang da’I, duta rasul untuk kota Madinah.  Kemudian menjadi syuhada Uhud.  Saat syahidnya rasulullah membacakan ayat ini.
·         Q.37:35-37, reaksi masyarakat Quraisy terhadap kalimah tauhid.  85:6-10, reaksi musuh terhadap keimanan kaum mukminin terhadap Allah 18:2, 8:30, musuh memerangi mereka yang konsisten dengan pernyataan Tauhid.
·         Hadits : Laa ilaha illa Allah, kalimat yang dibenci penguasa zalim dan kerajaan.
·         Hadits : Janji Rasul bahawa kalimah tauhid akan memuliakan kaumnya.


4.       Haqiqat Dakwah Rasul.

Sarahan :

·         Setiap Rasul semenjak nabi Adam AS hingga nabi besar Muhammad SAW membawa misi dakwahnya adalah syahadah.
·         Makna syahadah yang dibawa juga sama iaitu laa ilaha illa Allah.
·         Dakwah rasul senantiasa membawa umat kepada pengabdian Allah sahaja.

Dalil :

·         Q.60:4, Nabi Ibrahim berdakwah kepada masyarakat untuk membawanya kepada pengabdian Allah sahaja.
·         Q.18:110, Para nabi membawa dakwah bahawa ilah hanya satu iaitu Allah sahaja.

5.       Fadailul A’dhim  (ganjaran yang besar)

Sarahan :

·         Banyak ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Allah dan dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW.
·         Ganjaran dapat berupa material ataupun moral.  Misalnya kebahagiaan di dunia dan akhirat, rezeki yang halal dan keutamaan lainnya.
·         Keutamaan ini selalu dikaitkan dengan aplikasi dan implikasi syahadah dalam kehidupan sehari-hari.
·         Dielakkannya kita dari segala macam kesakitan dan kesesatan di dunia dan di akhirat.

Dalil :

·         Q: Allah SWT memberikan banyak keutamaan dan kelebihan bagi yang bersyahadah.
·         H: Allah SWT akan menghindarkan neraka bagi mereka yang menyebut kalimah syahadah.

B. KANDUNGAN SYAHADATAIN

1.       Madlul Syahadah.

Sarahan :

·         Pernyataan (ikrar), iaitu suatu statemant seorang muslim mengenai keyakinannya.    Hasil dari ikrar ini adalah kewajiban kita untuk menegakkan dan memperjuangkan apa yang diikrarkan.
·         Sumpah (qosam) iaitu pernyataan kesediaan menerima akibat dan resiko apapun dalam mengamalkan syahadah.  Muslim yang menyebut asyhad berarti siap dan bertanggung-jawab dalam tegaknya Islam.  Pelanggaran terhadap sumpah ini adalah kemunafikan dan tempat orang munafik adalah neraka jahanam.
·         Perjanjian yang teguh (mitsaq) iaitu janji setia untuk mendengar dan taat dalam segala keadaan terhadap semua perintah Allah yang terkandung dalam Kitabullah maupun Sunnah Rasul.

Dalil :

·         Q.3:18, syahadat yang berarti ikrar dari Allah,
·         Q.7:172,
·         3:81,
·         Q.63:1-2, syahadah berarti sumpah.  Orang-orang munafiq berlebihan dalam pernyataan syahadahnya, padahal mereka tidak lebih sebagai pendusta.  Q.4:138-145, Q.5:7, 2:285, syahadah adalah mitsaq yang harus diterima dengan sikap sam’an wa tho’atan didasari dengan iman yang sebenarnya terhadap Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Akhir dan Qadar baik maupun buruk.  Q.2:93.

2.       Iman.

Sarahan :

Syahadah yang dinyatakan seorang muslim penuh kesadaran sebagai sumpah dan janji setia ini merupakan ruh iman, iaitu :
·         Ucapan (qoul) yang senantiasa sesuai dengan isi hatinya yang suci.  Perkataan maupun kalimat yang keluar dari lidahnya yang baik serta mengandungi hikmah.  Syahadah diucapkan dengan penuh kebanggaan iman (isti’la-ul iman) berangkat dari semangat isyhadu biannaa muslimin.
·         Membenarkan (tasydiq) dengan hati tanpa keraguan.  Iaitu sikap keyakinan dan penerimaan dengan tanpa rasa keberatan atau pilihan lain terhadap apa yang didatangkan Allah.
·         Perbuatan (amal) yang termotivasi dari hati yang ikhlas dan kefahaman terhadap maksud-maksud aturan Allah.  Amal merupakan cerminan dari kesucian hati dan upaya untuk mencari redha Ilahi.  Amal yang menunjukkan sikap mental dan moral Islami yang dapat dijadikan teladan.
·         Ketiga perkara diatas tidak terpisahkan sama sekali.  Seorang muslim yang tidak membenarkan ajaran Allah dalam hatinya bahkan membencinya, meskipun kelihatan mengamalkan sebahagian ajaran Islam adalah munafiq I’tiqodi yang terlaknat.  Muslim yang meyakini kebenaran ajaran Islam dan menyatakan syahadatnya dengan lisan tetapi tidak mengamalkan dalam kehidupan adalah munafiq amali. 
Dalil :
·         Q.49:15, 4:65, 33:36, Iman adalah keyakinan tanpa keraguan, penerimaan menyeluruh tanpa rasa keberatan, kepercayaan tanpa pilihan lain terhadap semua keputusan Allah.  Q.3:64, sikap hidup yang merupakan cermin identiti Islam.
·         Q.4:123-125, Iman bukanlah hanya angan-angan, tetapi sesuatu yang tertanam di dalam hati dan harus diamalkan dalam bentuk praktikal.  Amal yang dikerjakan harus merupakan amal sholeh yang dilakukan dengan ihsan dan penyerahan yang sempurna kepada kehendak Allah.  Dalam melakukan amal tersebut, seorang mukmin merasa dikawal oleh Allah SWT.
·         Q.2:80, diantara kekeliruan ummat Islam adalah mencontoh sikap Yahudi.  Misalnya merasa bahawa neraka merupakan siksaan yang sebentar sehingga tidak apa memasukinya.  Atau mereka merasa akan masuk surga semata-mata karena imannya sehingga tidak perlu beramal sholeh lagi.
·         Q.2:8, 63:1-2, 48:11, Ucapan lisan tanpa membenarkan dengan hati adalah sikap nifaq I’tiqodi.  Berbicara dengan mulutnya sesuatu yang tidak ada dalam hatinya.
·         Hadits.  Tanda-tanda munafiq ada tiga.  Jika salah satu ada pada seseorang, maka ia merupakan munafiq sebahagian.  Bila keseluruhannya terdapat, maka ia munafiq yang sesungguhnya iaitu : bila berbicara ia berdusta, bila berjanji menyalahi, dan bila diberi amanah ia berkhianat.  Ketiga tanda ini termasuk jenis munafiq amali.
·         Imam Hasan Basri berkata, “Iman bukanlah angan-angan, bukan pula sekedar hiasan, tetapi keyakinan yang hidup di dalam hati dan dibuktikan dalam amal perbuatan”.
·         Istiqomah  (41:30)
a.       Berani                     (41:30, 5:52)
b.       Tenang                    (41:30, 13:28)
c.       Optimis                   (41:30, 24:55)

·         Bahagia  (3:185)

C. MAKNA ILAH

Kalimat Laa ilaha illa Allah tidak mungkin difahami kecuali dengan memahami terlebih dahulu ma’na ilah yang berasal dari ‘aliha’ yang memiliki berbagai macam pengertian.  Dengan memahaminya kita mesti  mengetahui motif-motif manusia mengilahkan sesuatu.
 Ada empat makna utama dari aliha iaitu sakana ilahi, istijaaro bihi, asy syauqu ilaihi dan wull’a bihi.  Aliha bermakna abaduhu (mengabdi/menyembahnya) kerana empat perasaan itu demikian mendalam dalam hatinya, maka dia rela dengan penuh kesadaran untuk menghambakan diri kepada ilah (sembahan) tersebut.  Dalam hal ini ada tiga sikap yang mereka berikan terhadap ilahnya iaitu kamalul mahabah, kamalut tadzalul, dan kamalul khudu’.  Al ilah dengan ma’rifat iaitu sembahan yang sejati hanyalah hak Allah sahaja, tidak boleh diberikan kepada selainNya.  Dalam menjadikan Allah sebagai Al Ilah terkandung empat pengertian iaitu al marghub, al mahbub, al matbu’ dan al marhub.  Al ma’bud merupakan sesuatu yang disembah secara mutlak.  Kerana Allah adalah satu-satunya Al Ilah, tiada syarikat kepadaNya, maka Dia adalah satu-satunya yang disembah dan diabdi oleh seluruh kekuatan yang ada pada manusia.  Pengakuan Allah sebagai al Ma’bud dibuktikan dengan penerimaan Allah sebagai pemilik segala loyaliti, pemilik ketaatan dan pemilik hukum.

1.       Aliha.

Sarahan :

·         Mereka tenteram kepadanya (sakana ilaihi)  ketika ilah diingat-ingat olehnya, ia merasa senang dan manakala mendengar namanya.
·         Merasa dilindungi oleh-Nya (istijaaro bihi), karena ilah tersebut dianggap memiliki kekuatan ghaib yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
·         selalu rindu kepadanya (assyauqu ilaihi)
·         cinta dan cenderung kepadanya (wull’a bihi). Ia selalu beranggapan bahwa pujaannya memiliki kelayakan dicintai sepenuh hati.

Dalil :

·         Q.10:7-8, manusia yang mengilahkan kehidupan dunia merasa tenteram dengan hidup dunia, Q.7:138, bani Israel yang bodoh menghendaki adanya ilah yang dapat menenteramkan hati mereka.
·         Q.72:6, manusia memperilah jin dengan meminta perlindungan kepadanya.  Q.36:74-75, orang-orang musyrik mengambil pertolongan dari selain Allah padahal semuanya tidak dapat menolong kita, lihat Q.7:197.
·         Q.2:93, 20:91.  Q.26:71, ,Q.29:25, Q.2:165.

2.       Abadahu.

·         Dia amat sangat mencintainya (kamalul mahabbah), sehingga semua akibat cinta siap dilaksanakannya. 
·         Dia amat sangat merendahkan diri di hadapan ilahnya (kamalut tadzulul).  Sehingga menganggap dirinya sendiri tidak berharga.
·         Dia amat sangat tunduk, patuh (kamalul khudu’). 
Dalil :
·         Q.39:45,
Q.71:23, orang-orang kafir sangat menghormati berhala-berhalanya sembahannya.  Q.21:59, 68, Q.36:60,  Q.6:137,

Al Ilah.
·         Al Marghub iaitu dzat yang senantiasa diharapkan.  Karena Allah selalu memberikan kasih sayangNya dan di tangan Nyalah segala kebaikan.
·         Al Mahbub, dzat yang amat sangat dicintai karena Dia yang berhak dipuja dan dipuji.  Dia telah memberikan perlindungan, rahmat dan kasih sayang yang berlimpah ruah kepada hamba-hambanya.
·         Al Matbu’ yang selalu diikuti atau ditaati.  Semua perintahNya siap dilaksanakan dengan segala kemampuan sedang semua laranganNya akan selalu dijauhi.  Selalu mengikuti hidayah atau bimbinganNya dengan tanpa pertimbangan.  Allah sahaja yang sesuai diikuti secara mutlak, dicari dan dikejar keredhaanNya.
·         Al Marhub, sesuatu yang sangat ditakuti.  Hanya Allah sahaja yang berhak ditakuti secara syar’i.  Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap siksaNya, dan takut terhadap hal-hal yang akan membawa kemarahanNya.  Rasa takut ini bukan membuat ia lari, tetapi membuatnya selalu mendekatkan diri kepada Allah.

Dalil :

·         Q.2:163-164, Allah adalah ilah yang esa tiada Ilah selain Dia,
·         Q.2:186, 40:60, 94:7-8, Q.21:90-91, Q.2:165, Q.8:2, sehingga ketika disebut nama Allah bergetar hatinya.  Q.9:24,
·         Q.51:50, Q.37:99,
·         Q.2:40, 9:13, 33:39, hanya Allah sahaja yang sesuai ditakuti dengan mendekatkan diri kepadaNya.

3.       Al Ma’bud.

Sarahan :

·         Pemilik kepada segala loyaliti, perwalian atau pemegang otoriti atas seluruh makhluk termasuk dirinya.  Dengan demikian loyaliti mukminan hanya diberikan kepada Allah dengan kesadaran bahawa loyaliti yang diberikan pada selain Nya adalah kemusyrikan.
·         Pemilik tunggal hak untuk ditaati oleh seluruh makhluk di alam semesta.  Mukmin meyakini bahawa ketaatan pada hakikatnya untuk Allah sahaja.  Seorang mukmin menyadari sepenuhnya bahawa mentaati mereka yang mendurhakai Allah adalah kedurhakaan terhadap Allah.
·         Pemilik tunggal kekuasaan di alam semesta.  Dialah yang menciptakan dan berhak menentukan aturan bagi seluruh ciptaanNya.  Maka hanya hukum dan undang-undangNya sahaja yang adil.  Orang mukmin menerima Allah sebagai pemerintah dan kerajaan tunggal di alam semesta dan menolak kerajaan manusia.

Dalil :

·         Q.109:1-6, Q.16:36, Q.2:21,
·         Q.7:196, Q.2:257,
·         Q.7:54,
·         Q.12:40, Q.24:1,.  Q.5:44,45,47
Ringkasan Dalil :
Kandungan makna (aliha, ya-lahu, ilahan) :
a.       Merasa tenang padanya         (10:7)
b.       Melindungi diri padanya       (72:6)
c.       Selalu rindu padanya                        (7:138)
d.       Mencintainya                       (2:165)
·         (Aliha) membawa arti (Abadahu) :
a.       Sempurna mencintai
b.       Sempurna menghinakan diri
c.       Sempurna menundukkan diri
·         Kandungan kata (Al-Ilah) :
a.       Yang diharapkan
b.       Yang ditakuti
c.       Yang diikuti
d.       Yang dicintai
·         (Al Ilah) membawa arti (Al Ma’bud) :
a.       Yang layak diberikan kepadanya wala’
b.       Yang wajib diberikan kepadanya ketaatan
c.       Yang wajib diberikan kepadanya authoriti

D. Al – Wala’ wal Bara’

1.       Laa Ilaha Illa Allah.

a.       Laa  (tidak ada – penolakan)
Kata penolakan yang mengandung pengertian menolak semua unsur yang ada di belakang kata tersebut.
b.       Ilaha  (sembahan – yang ditolak)
Sembahan iaitu kata yang ditolak oleh laa tadi, iaitu segala bentuk sembahan yang bathil (lihat A3).  Dua kata ini mengandung pengertian bara (berlepas diri).
c.       Illa  (kecuali - peneguhan)
Kata pengecualian yang berarti meneguhkan dan menguatkan kata di belakangnya sebagai satu-satunya yang tidak ditolak.
d.       Allah  (yang diteguhkan atau yang dikecualikan)
Kata yang dikecualikan oleh illa.  Lafzul jalalah (Allah) sebagai yang dikecualikan.

Dalil :

·         Q.16:36,
·         Q.4:48, 4:116,.
·         Q.47:19,
·         Q.7:59,65,73,
Hadits.  Barang-siapa yang mencintai karena Allah,membenci karena Allah, memberi karena Allah dan melarang karena Allah, maka ia telah mencapai kesempurnaan Iman.

2.       Bara  (pembebasan).

Merupakan hasil kalimat Laa ilaha illa yang artinya membebaskan diri daripada segala bentuk sembahan.  Pembebasan ini berarti : mengingkari, memisahkan diri, membenci, memusuhi dan memerangi.  Keempat perkara ini ditunjukkan pada segala ilah selain Allah samada berupa sistem, konsep maupun pelaksana.

Dalil :

·         Q.60:4, contoh sikap bara yang diperlihatkan Nabi Ibrahim AS dan pengikutnya terhadap kaumnya.  Mengandung unsur mengingkari, memisahkan diri, membenci dan memusuhi.
·         Q.9:1,
·         Q.47:7,
·         Q.58:22, Q.26:77,

3.       Hadam  (penghancuran).

Sikap bara dengan segala akibatnya melahirkan upaya menghancurkan segala bentuk pengabdian terhadap tandingan-tandingan maupun sekutu-sekutu selain Allah, apakah terhadap diri, keluarga maupun masyarakat.

Dalil :

·         Q.21:57-58,

4.       Al Wala  (loyaliti).

Kalimat Illa Allah berarti pengukuhan terhadap wilayatulLlah (kepemimpinan Allah).  Artinya : selalu mentaati, selalu mendekatkan diri, mencintai sepenuh hati, dan membela, mendukung dan menolong.  Semua ini ditujukan kepada Allah dan segala yang diizinkan Allah seperti Rasul dan orang yang beriman.
Dalil :
·         Q.5:7, 2:285,
·         Q.10:61,62,
·         Q.2:165, 9:24.
·         Q.61:14,

5.       Al Bina  (membangun).

Sikap wala beserta segala akibatnya merupakan sikap mukmin membangun hubungan yang kuat dengan Allah, Rasul dan orang-orang mukmin.  Juga berarti membangun sistem dan aktiviti Islam yang menyeluruh pada diri, keluarga, maupun masyarakat.

Dalil :

·         Q.22:41, ciri mukmin adalah senantiasa menegakkan agama Allah.
·         Q.24:55, posisi kekhilafahan Allah peruntukkan bagi manusia yang membangun dienullah.
·         Q.22:78,

6.       Ikhlas.

Keikhlasan iaitu pengabdian yang murni hanya dapat dicapai dengan sikap bara terhadap selain Allah dan memberikan wala sepenuhnya kepada Allah.

Dalil :

·         Q.98:5, mukmin diperintah berlaku ikhlas dalam melakukan ibadah.
·         Q.39:11,14,

7.       Muhammad Rasulullah.

Konsep Wala dan Bara ditentukan dalam bentuk :
a.       Allah sebagai sumber.
Allah sebagai sumber wala, dimana loyaliti mutlak hanya milik Allah dan loyaliti lainnya mesti dengan izin Allah.
b.       Rasul sebagai cara (kayfiyat).
Pelaksanaan Wala terhadap Allah dan Bara kepada selain Allah mengikuti cara Rasul.
c.       Mukmin sebagai pelaksana.
Pelaksana Wala dan Bara adalah orang mukmin yang telah diperintahkan Allah dan dicontohkan Rasulullah.

Dalil :

·         Q.5:55-56, Allah, Rasul dan orang-orang mukmin adalah wali orang yang beriman.
·         Q.4:59, ketaatan diberikan hanya kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri dari kalangan mukmin.
·         Q.5:56, orang-orang yang memberikan wala kepada Allah, Rasul dan orang-orang mukmin adalah Hizbullah (golongan Allah), lihat pula 58:22.  Selain golongan ini adalah Hizbus Syaithan.
·         Q.60:7-9, 31:15.
Ringkasan Dalil :
·         Laa ilaha illa Allah :  (Laa) adalah perkataan penolakan, (ilaha) adalah yang ditolak.
·         Al Baro’ (melepaskan diri) (60:4, 7:59, 65, 73, 85) :
·         Mengingkari
·         Membenci
·         Memusuhi
·         Memutus hubungan
·         Menghancurkan
·         Illa (melainkan) adalah ungkapan pengukuhan (isbat).

·         Allah adalah yang dikukuhkan (diisbatkan).

·         Al Wala’/loyaliti (7:196, 5:55, 4:59, 5:7, 47:7, 2:165, 3:31) adalah :
·         Taat
·         Mendekati
·         Membela
·         Mencintai
·         Membangun
·         Menghancurkan dan membangun adalah makna Ikhlas (98:5, 39:11,14).
·         Muhammadu Rasulullah – Konsep Al Wala’ dan Al Barro’ :
·         Allah adalah sumber nilainya             (2:147, 7:2)
·         Rasul adalah contoh pelaksanaannya   (33:21, 59:7)
·         Orang mukmin adalah pelaksananya   (33:36, 35:32)
·         Kaifiyat “Membina” dan “Menghancurkan” adalah dengan “ittiba’  (3:31).

 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar